Assalamualaikum and hi everyone!..
syukur alhamdulillah kerana diberikan nafas untuk meneruskan perkongsian ilmu menanam pokok ni ye hehehe .. Untuk minggu kedua ni kami sekelas di ajar cara-cara menyemai biji benih. So apa yang kami nak kongsikan disini adalah cara nak menyemai benih pokok.
ok guys! sebelum kami memulakan penyemaian biji benih, kami di beri penerangan oleh pensyarah apa yang kami perlu sediakan sebelum nak memulakan penyemaian biji benih tersebut.
Kami diperkenalkan 2jenis tray yang biasa digunakan untuk buat semaian biji benih. Tray tersebut dinamakan tray semaian dan dulang semaian. Kalau ualls tengok gambar kat atas tuuu yang berwarna hitam, itu adalah tray semaian, manakala dulang semaian pula ianya berwarna kuning. So kami bolehlah nak pilih mana-mana tray untuk menyemai biji benih. Tapi bagi yang taknak besar sangat saiz tray tu, bolehlah pilih saiz ikut kesukaan ualls asalkan biji benih tu membesar dengan selesa ye kehkehkeh ....sterusnya kami disyorkan untuk menanam benih kangkung, pak coi, atau bayam untuk setiap individu. Bagi benih yang bersaiz kecil seperti pakcoi dan bayam ianya menggunakan nisbah 1:5 . 1 bagi benih sayur dan 5 adalah pasir. Di bawah nanti kami akan tunjukkan cara nak menyemainya.
Gambar kat atas ni adalah peat-moss. Peat-moss adalah sejenis tanah yang mengandungi bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen didalamnya seperti lumut, rumput, pokok renek dan lain-lain. Peat-moss juga mengandungi nutrien yang kaya dan boleh menyimpan air. Di samping itu, boleh mempercepatkan proses pertumbuhan biji benih. Peat-moss juga mempunyai struktur tanah yang ringan yang boleh memudahkan biji benih mengeluarkan batang sayur dengan mudah. Kebanyakkannya, tanah yang digunakan untuk menanam benih adalah peat-moss ataupun cocopeat.
ok guys! seterusnya gambar diatas pula adalah cara-cara untuk menanam benih kangkung atau nama saintifiknya Ipomoea aquatica . Sebenarnya tak susah punnn nak semai biji benih ni.. Just follow the step!
Bahan yang hanya kami perlu sediakan adalah:
a) Bekas bersaiz medium
b) Beji benih kangkung
c) Tanah Peat-moss
4) Air
Cara-caranya:
1) letakkan tanah peat-moss setengah dari tray yang digunakan.
2) Buat lubang kecil untuk setiap benih kakgkung tersebut. Jarak bagi setiap lubang, lebih kurang seinci. Hal ini, bagi memudahkan proses permindahan anak pokok ke atas batas. (saiz benih kangkung tidak sekecil saiz bayam@pakcoi, so kami tidak perlukan medium untuk buat penyemaiaan)
3) Letakkan biji benih didalam lubang tersebut. Lubang tidak perlu terlalu dalam, kerana ianya boleh melambatkan pengeluaran batang pokok. Lepastu bolelah tutup lubang benih tu dangan tanah peat-moss :)..
4) Dan yang terakhir, letakkan penyemaian tersebut dikawasan yang mempunyai cahaya matahari agar benih boleh tumbuh dengan cepat. haaa! jangan lupa pula nak siram benih pokok tu setiap siang dan petang.
- Semaian biji benih telah dilakukan pada:
Tarikh : 20/9/2017
Hari : Rabu
Jam : 10.00 pm
Taraaaaaaa! ini adalah salahsatu anak pokok kangkung dalam ahli kumpulan kami yang telah tumbuh dengan suburnya! haaaaa ianya hanya mengambil masa seminggu sahaja untuk membuat benih ini mengeluarkan akar sehingga menjadi anak pokok (26/9/2017). So, mudah sahaja kan? tapi penyemaian pokok ni tak habis lagi, ianya akan disambung untuk minggu hadapan! Nanti kami akan update lagi...sekian terima kasih!