Pada minggu pertama ni kami diminta untuk melaksanakan tugasan pembersihan ladang. Dalam blogger ni, kami mempunyai tiga orang ahli kumpulan iaitu Nurul Fathin Zafirah binti Ahmad Termizi, Nurul Asyiqin Binti Mokhsin dan Wan Muhammad Ali bin Wan Mohamad Zaharuddin. Di sini kami ingin menerangkan beberapa langkah pembersihan tapak sebelum membuat batas.
Langkah1:
Kerja pembesihan tapak dimulai dengan mencabut rumput yang mati dan mengasingkan batu-bata yang ditanam oleh bekas pelajar yang pernah membuat batas ditapak tersebut. Kerja pembersihan dilakukan bertujuan untuk memudahkan semua pelajar membuat batas tanpa ada bendasing diatas tanah.
Langkah 2:
Selepas aktiviti pembersihan tapak, seterusnya kami ditugaskan untuk memulakan dengan membuat batas. Setiap pelajar mesti mempunyai batas masing-masing. Saiz batas adalah panjang 12kaki dan lebar 5kaki. Batas diukur dengan menggunakan pita pengukur.
langkah 3:
langkah 4:
Dan langkah yang terakhir, kami melaksanakan kerja penggemburan tanah. Tanah digembur dengan menggunakan alat 'mini tiller'. Dengan adanya alat ini, pelajar tidak perlu bersusah payah menggembur tanah menggunakan alatan cangkul.
Assalamualaikum...Jika saya sudah menggunakan racun kayu pada papan kotak, adakah perlu saya masih mengecat menggunakan minyak hitam?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, tidak perlu, sebab racun kayu juga boleh mengelakkan anai-anai merosakkan kayu tersebut .
Delete