Monday, October 2, 2017

Minggu 3


   

  Assalammualaikum semua...

        Pada minggu ketiga ini, kumpulan Kami melaksanakan 2 tugasan., iaitu mempelajari cara membuat baja organik dan memindahkan hasil semaian biji benih ke atas batas masing-masing. Pertama sekali, kami akan menerangkan serba sedikit mengenai baja organik yang dihasilkan dengan menggunakan bahan sisa makanan. Baja tersebut dipermentasi selama 7hari sehingga mengeluarkan pati yang dinamakan cecair EM (effctive microorganisma). Cecair EM di proses dengan menggunakan bahan sisa makanan seperti sisa sayuran, buah-buahan, kulit telur, dan sebagainya. EM ialah kaedah penggunaan bahan kompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar. EM mengandungi 2 bakteria yang baik yang boleh menguraikan bakteria yang jahat. 3 Bakteria tersebut adalah Bakteria Laktic, asid, yis dan bakteria potosintetik. Peranan EM untuk tanaman ialah penggalakkan tumbuhan secara optimum dan sayuran akan tumbuuh dengan baik. Selain itu, cecair EM juga boleh mengelakkan serangga perosak merosakkan tanaman dan tanaman boleh tumbuh sihat dan galak. Pembuatan baja organik ini sungguh mudah dan membawa seribu manfaat untuk tanaman yang ditanam. Kami akan tunjukkan langkah-langkah menghasilkan baja organik tersebut.


Tugasan 1:


Bahan-Bahan yang perlu disediakan:

1) sisa makanan (sayuran, buah-buahan, kulit telur, perut ikan dan sebagainya)
2) Gula merah (1 packet)
3) Air suling


Memulakan Proses pembuatan baja organik:




Langkah 1: Buah-buahan dan sayur-sayuran dicincang halus bagi memudahkan proses pengisaran.



Langkah 2: Kesemua sisa bahan yang telah dicincang halus, dimasukkan kedalam pengisar dan meletakkan air mengikut sukatan sebanyakmana bahan yang dimasukkan didalam pengisar.





Langkah 3: Setelah kesemua sisa makanan telah dikisar, kami menggunakan senduk sebagai sukatan untuk dimasukkan kedalam balang. Sukatan tersebut 3:3 iaitu 3 senduk sisa makanan dan 3 senduk gula merah.

Kandungan gula merah/moloses:
1) Sumber energi utama dan merupakan hasil ikutan utama dalam pengolahan gula.
2) mengandungi 25 hingga 40% sukrosa, kandungan protein kasar relatif kecil iaitu 3% dan kandungan abu berkisar antara 8-10% yang terdiri dari k, Ca, CL dan garam sulfat.

Mengapa gula merah digunakan untuk menghasilkan baja organik? Salah satu sebabnya adalah . .

1) Gula merah mengandungi zat-zat yang mudah keluar/tindakbalas dalam proses pengeraman bahan-bahan tersebut.
2) Dapat meningkatkan aktiviti mikrob.
3) Menghasilkan baja yang tahan lama.





Langkah 5: Setelah kesemua bahan dimasukkan kedalam balang, balang hendaklah ditutup dengan rapi bagi mengelakkan bahan penapaian tidak tercemar. Dan meletakkan tarikh bagi memperingatkan tarikh awal pemprosesan baja organik tersebut. Pengeraman disimpan selama 7hari.






Langkah 6: Kesemua balang disimpan dalam keadaan suhu bilik dan tidak terdedah pada cahaya matahari. Minggu depan, kami akan menunjukkan keputusan hasil pemerapan bahan tersebut.



Tugasan 2: Permindahan anak pokok ke atas batas




1) Anak pokok dipindahkan keatas batas bagi bertujuan memudahkan proses tumbesaran anak pokok.
2) Sebelum anak pokok dipindahkan, Pn Salina meminta kami untuk menyiram anak pokok terlebih dahulu bagi mengelakkan tekanan pada anak pokok apabila akarnya ditarik,
3) Waktu permindahan pokok kebatas seharusnya pada waktu pagi 6.00am hingga 9.00am dan waktu petang 5.00pm hingga 7.00pm.
4)) Anak pokok ditanam memanjang mengikut jarak  5 inci untuk setiap jarak anak pokok yang akan ditanam, hal ini bertujuan untuk mengelakkan persaingan pada akar pokok.


3) Dan yang terakhir, selepas permindahan tanaman anak pokok selesai, kami memasang paranet di permukaan batas untuk melindungi anak pokok dari terdedah pada matahari yang terik. Selain itu, mengelakkan anak pokok rosak disebabkan timpahan air hujan keatas anak pokok.
4) Pokok hendaklah disiram setiap hari pagi dan petang :) .. Sekian terima kasih ..




No comments:

Post a Comment