Asalamualaikum semua..
Minggu ni kumpulan kami melaksanakan 2 tugasan. Tugasan pertama, kami telah menghasilkan cara-cara membuat racun organik. Tugasan kedua, menapis inti pati pada bahan organik yang telah diperam selama seminggu. Untuk pengetahuan anda semua, bukan baja organik sahaja kita perlukan, tetapi racun organik juga penting dalam proses penanaman ini. Dibawah kami akan tunjukkan bahan-bahan yang perlu disediakan dan proses pembuatannya.
TUGASAN 1
PENGHASILAN RACUN ORGANIK
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
1) Cili padi 6biji
2) Bawang putih 1 labu
3) Ceacir pencuci pinggan/ serbuk pencuci kain 1 sudu
4) air 300ml
Proses membuat racun organik:
1) Masukkan cilipadi, bawang putih dan sukatan air sebanyak 300ml kedalam pengisar.
2) Setelah kesemua bahan dikisar dengan halus, bahan-bahan tersebut diletakkan ke dalam botol kaca dan di peram selama 24jam.
* Sedikit info: Bahan tersebut tidak digalakkan disimpan dengan menggunakan botol plastik, hal ini bertujuan untuk mengelakkan botol plastik terhakis.
3) Selepas 24jam, bahan yang diperap bolehlah ditapis untuk mengambil inti patinya dan diletakkan semula kedalam botol kaca yang sediaada.
Cara penggunaanya:
1) Campurkan racun yang telah dihasilkan dengan sukatan 100ml dengan menambah air dan 1sudu cecair/serbuk pencuci. (nisbah serbuk pencuci dan air bersamaan 1:5 untuk setiap 100ml racun).
2) kesemua bahan yang telah dicampur, dikacau hingga sebati dan dimasukkan kedalam botol spray.
3) Racun tersebut bolehlah dispraykan pada tepi bahagian batas, jangan pulak di spray kat tanaman, nanti pula :)
TUGASAN 2
Minggu lalu, kami ada terangkan proses menghasilkan baja organik yang diperam selama seminngu, Minggu ni, kami akan tunjukkan bagaimana rupa bahan organik tersebut setelah diperam selama seminggu, samaada menjadi ataupun tidak :)!
haaaaa.. inilah dia bahan organik yang telah diperam selama seminggu. Kalau anda nak tahu samaada bahan organik ni menjadi ataupun tidak, kita boleh tahu samaada bahan tersebut berbau busuk atau berbau masam harum. Ternyata baja organik yang kami hasilkan berbau masam harum dan sedia ditapis. untuk mengambil inti pati cecair dari bahaan organik tersebut.
Inilah rupa cecair EM yang telah ditapis. Cecair tersebut akan disimpan kedalam botol plastik dan disimpan dibawah suhu bilik.
#Minggu depan, kami akan update cara menanam pokok keratan batang pula :)
sekian terima kasih...
No comments:
Post a Comment