Pada minggu ini, kumpulan kami di minta membuat satu video untuk menerangkan proses kejadian fotosintesis, osmosis dan transpirasi. Oleh itu, anda semua bolehlah menonton video yang telah kami sediakan.
Monday, November 20, 2017
minggu 9
Assalamualaikum...
Pada minggu ini, kumpulan kami di minta membuat satu video untuk menerangkan proses kejadian fotosintesis, osmosis dan transpirasi. Oleh itu, anda semua bolehlah menonton video yang telah kami sediakan.
Pada minggu ini, kumpulan kami di minta membuat satu video untuk menerangkan proses kejadian fotosintesis, osmosis dan transpirasi. Oleh itu, anda semua bolehlah menonton video yang telah kami sediakan.
Sunday, November 12, 2017
Minggu 8
Hai ,Assalamualaikum !
Pada minggu ini,kami akan menunjukkan cara penanaman bagi
kaedah bebawang dan rumpun.Bagi kaedah bebawang,pokok yang digunakan adalah
pokok spider lily,manakala bagi kaedah rumpun,pokok serai yang digunakan.
Bahan-bahan yang perlu disediakan:
1.
Pokok serai
2.
Pokok spider lily
3.
Pasu
4.
Tanah
5.
Pisau
6.
Gunting Pokok serai
Pokok spider lily
kaedah menanam:
1) Pokok Serai
Akhir sekali, tanamkan batang serai tersebut didalm pasu yang berisi tanah. Pastikan serai ditanam separuh dari batang serai tersebut. Lagi satu, Penanaman jenis rumpun dan berbawang tidak menggunakan penggalak akar. Penggalak akar hanya akan digunakan apabila penanaman keratan batang dan keratan daun.
2) Pokok spider lily
Penanaman cara berbawang, sama seperti rumpun (serai), akar pada pokok spider lily di potong sedikit, dan dikerat 2.
Terakhir sekali, tanamkan spider lily didalam pasu. Pengeluaran akar yang baru akan mengambil masa seminggu. Dan jangan lupa siram pokok hari-hari pagi dan petang.
~sekian terima kasih ~
minggu 7
Assalamualaikum,
Pada minggu ini, kami ingin berkongsikan aktiviti yang kami
lakukan iaitu membuat nutripot.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini ialah :
1.
Pasu / Botol Air 5 liter
2.
Span untuk dijadikan sumbu
3.
Coco Peat
4.
Baja A dan Baja B
Sebelum kami melakukan aktiviti ini, kami telah diberikan
penerangan dengan lebih jelas oleh Ketua Pembantu Ladang kami, iaitu Pn Salina
tentang cara-cara untuk membuat nutripot ini.
Potong botol menjadi dua bahagian
seperti dalam gambar rajah di bawah.
Kemudian,lubangkan bahagian botol yang atas kepada beberapa lubang
untuk dimasukkan sumbu(span). Bahagian bawah tadi dilubangkan untuk tujuan
lebihan air keluar.

Selepas itu, spraykan kedua-dua bahagian tadi dengan warna
hitam dan putih. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pertumbuhan lumut
dengan cepat. Biarkan ia kering seketika.
Apabila sudah kering, masukkan sumbu yang telah dipotong
panjang kedalam lubang yang ditebukkan tadi. (contoh gambar menggunakan pasu)
Isikan bahagian atas dengan Coco Peat. Peringatan, jangan biarkan sumbu tadi berada di bahagian bawah coco
peat.
Isikan bahagian bawah dengan air mengikut kesesuian bekas
itu. Kemudian, masukkan baja A sebanyak 2 penutup botol dan kacau sehingga
sebati. Biarkan ia seketika sebelum memasukkan baja B kedalamnya sebanyak 2
penutup botol dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali, letakkan bahagian atas tadi di atas bahagian
bawah dan pastikan sumbu tadi mencecah air yang berada di dalam bekas bawah.
Nutripod telah siap untuk ditanam dengan tanaman yang sesuai.
Bagi penaman, kami memilih untuk menanam bayam hujau dan
bayam merah. Biji benih bayam perlulah dicampurkan dengan pasir mengikut nisbah
1:10 iaitu satu biji benih dan 10 pasir. Hal ini bertujuan untuk melihat
taburan biji benih kami mengandungi biji benih ataupun tidak. (Biji benih bayam
terlalu kecil)
Selepas beberapa hari, sila pastikan air didalam bekas di
bahagian bawah masih mengandungi air untuk pertumbuhan pokok yang baik.

Result pertumbuhan bayam menggunakan nutripot hanya mengambil masa seminggu untuk mengeluarkan anak pokok :)
Saturday, November 11, 2017
minggu 6
Asalamualaikum semua.
Pada minggu ini, kami akan menunjukkan proses pembiakan keratan daun. Proses pembiakan keratan daun lebih kurang sama seperti proses pembiakan keratan daun. Keratan daun dibiak dengan menggunakan daun.Membiak pokok dengan menggunakan keratan daun adalah cara yang mudah dan ringkas.
Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok berjenis:
1) Herba (herbaceous) seperti pokok ati-ati, sanchzia, misai kucing dan selasih.
2) Pokok-pokok jenis lendir(succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua, paperomia dan gloxinia.
Ada 6 jenis keratan daun yang boleh dilakukan:
1) Helai daun/leaf blade
2) Tangkai daun/leaf petiole
3) Kepingan daun /leaf sectioned
4) Mengerat urat/veins severed
5) Ruas daun/leaf node
6) Tunas daun/leaf bud
Alat dan bahan-bahan yang diperlukan:
1) Jenis daun
2) poli bag (saiz kecil)
3) Tanah
4) skop
5) gunting pemangkas
6) Penggalak akar/ rooting hormone
#Perhatian!
- Bahan-bahan tanaman yang dipilih mestilah segar, matang, sihat dan tidak berpenyakit.
kaedah:
Langkah 1:
- Helai daun di kerat 10 sentimeter lebar berbentuk tiga segi dan mempunyai beberapa urat-urat utama.
- Celupkan bahagian pada bawah helaian daun yang telah dipotong dalam penggalak akar. Seterusnya, tanam kepingan daun tersebut secara menegak.
Langkah 2
- Dalam masa seminggu, Anak dan akar akan keluar dari pangkal kepingan daun dan daun asal akan musnah. Oleh itu, tanaman akan mengeluarkan anak pokok yang baru.
#sekian terima kasih

Friday, November 10, 2017
Minggu 5
Asslamualaikum ...
Minggu ini kami akan tunjukkan cara menanam pokok keratan batang. Terutama sekali, anda perlu tahu jenis pokok keratan batang. Terdapat beberapa jenis pokok yang dianam melalui pembiakan keratan batang iaitu:
1) Pokok kertas (bougainvillea)
2) Pokok lada hitam
3) Pokok ubi kayu
4) Bunga raya (Hibiscus sp)
5) Pokok bunga siantan (Ixora sp)
6)Pokok puding (Codiaeum)
7)pokok ati-ati (coleus sp)
8)Bunga loceng (Allamanda)
Terdapat 3 jenis keratan batang iaitu:
1) keratan kayu lembut
2) Keratan kayu sederhana lembut
3) Keratan kayu keras
Keratan Kayu Lembut
- Keratan ini diambil daripada bahagian ranting termuda sekali atau masih hijau. Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini. Penggunaan renjisan kabus adalah digalakkan supaya keratan lebih cepat mengeluarkan akar.
Keratan Kayu Sederhana Lembut
- Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang. Keratan ini biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.
Langkah 3

Keratan Kayu keras
- Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena.
Bahan-bahan yang digunakan untuk proses pembiakan keratang batang:
1) Poli bag (warna hitam dan bersaiz kecil)
2) gunting
3) medium (tanah)
4) Penggalak akar (seradik)
5) pokok keratan batang.
Cara-cara menanam keratan batang
- Untuk tanaman, kami memilih pokok lada hitam dan pokok kertas.
Langkah 1
- Sediakan bahan-bahan.
Langkah 1
- Sediakan bahan-bahan.
Langkah 2
- Pokok kertas dipotong menyerereng bahagian bawah. Daun dan bunga pada batang tersebut dibuang. Dedaun dan bunga pada pokok dibuang, supaya keratan batang tidak kekurangan protein untuk menghasilkan akar.

- Pada hujung batang tersebut, diletakkan penggalak akar.
Langkah4
- Tanah dilubangkan, dan tanamkan hujung keratan batang yang telah diletakkan penggalak akar tersebut, kedalam tanah.
Langkah4
- Tanah dilubangkan, dan tanamkan hujung keratan batang yang telah diletakkan penggalak akar tersebut, kedalam tanah.
Langkah 5
- Keratan yang telah siap ditanam, akan diletakkan dikawasan yang bercahaya matahari. Siramkan tanaman tersebut pada waktu pagi dan waktu petang. Tanaman tersebut akan mengeluarkan akar dan daun dalam masa seminggu.
Peringatan : Jangan menyiram tanaman pada waktu matahari menegak. Ianya boleh menyebabkan tanaman melecur dan terbantut.
Sekian terimakasih ~

Subscribe to:
Posts (Atom)