Sunday, November 12, 2017

minggu 7


Assalamualaikum,

Pada minggu ini, kami ingin berkongsikan aktiviti yang kami lakukan iaitu membuat nutripot.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini ialah :

1.       Pasu / Botol Air 5 liter

2.       Span untuk dijadikan sumbu

3.       Coco Peat

4.       Baja A dan Baja B
Sebelum kami melakukan aktiviti ini, kami telah diberikan penerangan dengan lebih jelas oleh Ketua Pembantu Ladang kami, iaitu Pn Salina tentang cara-cara untuk membuat nutripot ini.






Potong botol menjadi dua bahagian seperti dalam gambar rajah di bawah.
                     

Kemudian,lubangkan bahagian botol yang atas kepada beberapa lubang untuk dimasukkan sumbu(span). Bahagian bawah tadi dilubangkan untuk tujuan lebihan air keluar.

 
Selepas itu, spraykan kedua-dua bahagian tadi dengan warna hitam dan putih. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pertumbuhan lumut dengan cepat. Biarkan ia kering seketika.


Apabila sudah kering, masukkan sumbu yang telah dipotong panjang kedalam lubang yang ditebukkan tadi. (contoh gambar menggunakan pasu)
Isikan bahagian atas dengan Coco Peat. Peringatan, jangan biarkan sumbu tadi berada di bahagian bawah coco peat.
Isikan bahagian bawah dengan air mengikut kesesuian bekas itu. Kemudian, masukkan baja A sebanyak 2 penutup botol dan kacau sehingga sebati. Biarkan ia seketika sebelum memasukkan baja B kedalamnya sebanyak 2 penutup botol dan kacau sehingga sebati.

Akhir sekali, letakkan bahagian atas tadi di atas bahagian bawah dan pastikan sumbu tadi mencecah air yang berada di dalam bekas bawah. Nutripod telah siap untuk ditanam dengan tanaman yang sesuai.
Bagi penaman, kami memilih untuk menanam bayam hujau dan bayam merah. Biji benih bayam perlulah dicampurkan dengan pasir mengikut nisbah 1:10 iaitu satu biji benih dan 10 pasir. Hal ini bertujuan untuk melihat taburan biji benih kami mengandungi biji benih ataupun tidak. (Biji benih bayam terlalu kecil)


Selepas beberapa hari, sila pastikan air didalam bekas di bahagian bawah masih mengandungi air untuk pertumbuhan pokok yang baik.


Result pertumbuhan bayam menggunakan nutripot hanya mengambil masa seminggu untuk mengeluarkan anak pokok :)
   


No comments:

Post a Comment