Friday, November 10, 2017

Minggu 5

Asslamualaikum ...

Minggu ini kami akan tunjukkan cara menanam pokok keratan batang. Terutama sekali, anda perlu tahu jenis pokok keratan batang. Terdapat beberapa jenis pokok yang dianam melalui pembiakan keratan batang iaitu:

1) Pokok kertas (bougainvillea)
2) Pokok lada hitam
3) Pokok ubi kayu
4) Bunga raya (Hibiscus sp)
5) Pokok bunga siantan (Ixora sp)
6)Pokok puding (Codiaeum)
7)pokok ati-ati (coleus sp)
8)Bunga loceng (Allamanda)



Terdapat 3 jenis keratan batang iaitu:
1) keratan kayu lembut
2) Keratan kayu sederhana lembut
3) Keratan kayu keras

Keratan Kayu Lembut
- Keratan ini diambil daripada bahagian ranting termuda sekali atau masih hijau. Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini. Penggunaan renjisan kabus adalah digalakkan supaya keratan lebih cepat mengeluarkan akar.

Keratan Kayu Sederhana Lembut
- Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang. Keratan ini biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.


Keratan Kayu keras

- Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena.


Bahan-bahan yang digunakan untuk proses pembiakan keratang batang:
1) Poli bag (warna hitam dan bersaiz kecil)
2) gunting
3) medium (tanah)
4) Penggalak akar (seradik)
5) pokok keratan batang.

Cara-cara menanam keratan batang
- Untuk tanaman, kami memilih pokok lada hitam dan pokok kertas.

Langkah 1
- Sediakan bahan-bahan.

 --> Penggalak akar



Langkah 2
- Pokok kertas dipotong menyerereng bahagian bawah. Daun dan bunga pada batang tersebut dibuang. Dedaun dan bunga pada pokok dibuang, supaya keratan batang tidak kekurangan protein untuk menghasilkan akar.


Langkah 3
- Pada hujung batang tersebut, diletakkan penggalak akar.


Langkah4
- Tanah dilubangkan, dan tanamkan hujung keratan batang yang telah diletakkan penggalak akar tersebut, kedalam tanah.




Langkah 5
- Keratan yang telah siap ditanam, akan diletakkan dikawasan yang bercahaya matahari. Siramkan tanaman tersebut pada waktu pagi dan waktu petang. Tanaman tersebut akan mengeluarkan akar dan daun dalam masa seminggu.

Peringatan : Jangan menyiram tanaman pada waktu matahari menegak. Ianya boleh menyebabkan tanaman melecur dan terbantut.


Sekian terimakasih ~




 













No comments:

Post a Comment