Sunday, January 7, 2018

Penanaman Jagung

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Bagi minggu ini,saya ingin kongsikan cara penanaman jagung. Penanaman jagung mengambil masa agak lama berbanding sayuran hijau sebelum ini.

Benih jagung yang telah diberikan.


Langkah pertama dalam proses penanaman jagung ini ialah penyedian batas. Kami perlu mengubahsuai batas kami atas sebab kami mengalami masalah rumpai pada penanaman sayur yang lepas. Pertama sekali, pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar yang membiak di atas batas untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai.




Setelah memasang plastic sukupan diatas batas,kami telah membuat beberapa bulatan kecil untuk menanam biji benih disetiap lubang tersebut. Dengan meletakkan plastic sukupan ini, rumpai hanya tumbuh di lubang sahaja. Oleh itu,aktiviti merumpai hanya dibuat dilubang sahaja.




Bagi mengelakkan rumpai tumbuh dibatas kami, kami telah menggunakan alternatif bagi mengelakkan pertumbuhan rumpai iaitu dengan menggunakan plastic sukupan atau silvershine. Bahagian berkilat diletakkan dibahagian atas untuk memantulkan cahaya matahari.
Setelah selesau membuat lubang,kami menyemai biji benih disetiap lubang tersebut. Tanaman jagung ini perlu disiram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Setelah seminggu, kami mendapati tanaman jagung kami telah rosak akibat serangan haiwan atau serangga perosak. Hal ini kerana kemungkinan kerana benih jagung yang bersifat manis.


Anak jagung yang telah rosak.



Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya kami telah diberikan penyembur racun semut oleh En. Abang dan kami telah menyembur di keliling batas kami. *Pastikan racun tidak disembur terus ke atas pokok jagung. Semburkan di sekeliling batas sahaja untuk mengelakkan pokok layu atau mati kerana racun adalah bersifat panas.

Friday, January 5, 2018

Miggu 11

Assalamualaikum semua..

Pada minggu ini, kumpulan kami akan menceritakan program yang telah kami jalankan iaitu 'KURSUS ASAS PERTANIAN'.  Kami diberi tugasan untuk menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat. Penglibatan seramai 30 peserta yang mejoritinya adalah golongan wanita dari Pontian, Johor. Program ini dilaksanakan pada 29 November 2017. Program tersebut bertempat di Ladang Unit Pertanian, Fakulti Pendidikan. Seramai 21 pelajar kemahiran hidup (SPPH) dan 3 orang pensyarah yang telah menganjurkan aktiviti ini.


 Kami diminta untuk berkumpul di ladang seawal 8.00a.m untuk membuat persediaan sebelum peserta datang. Haaaa gmbar yang tudung merah tu, adalah salah satu pemilik blogger ini :P....
Persediaan amatlah penting untuk menjayakan program yang dijalankan.

Pada 8.30pagi, para peserta tiba dengan menaiki van bas sekolah.(Comel je puan-puan kite ni).. 

Kami menyambut mereka dengan memberi salam dan senyuman mesra :)..

       
Selepas menyambut tetamu, kami meminta peserta untuk membuat pendaftaran sebelum program di mulakan. Yang tudung kelabu tu, namanya Nur Asyiqin, dy juga adalah salah seorang pengguna blog ini. Dalam Program ini, dia diletakkan bahagian unit pendaftaran.

    
Selepas selesai sesi pendaftaran, semua peserta diminta untuk duduk ditempat yang telah disediakan. Setelah itu, program dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar, dan diikuti dengan ucapan selamat datang dan taklimat ringkas tentang program yang hendak dijalankan oleh Dr. Nur Husna dan juga pengajar kami iaitu Puan Salina. Dr telah menerangkan serba sedikit tentang baja organik dan tanaman nutripot.

 
Salah seorang rakan kami telah menujukkan cara-cara membuat baja organik.

      
Semua peserta sangat memberi tumpuan pada penerangan yang diberikan oleh rakan kami.



 

Tepat pukul 10.00a.m AJK makanan telah menyediakan sarapan pagi iaitu nasi lemak ayam dan teh panas untuk dihidangkan kepada peserta dan penganjur. Semua para peserta di beri tuang untuk menikmati juadah minum pagi.

Setelah selesai menjamu selera, kami meneruskan lagi program ini dengan memberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara membuat tanaman nutripot. Yang memberi penerangan tersebut adalah Wan Mohammad Ali. Dia juga adalah salah satu team dalam blogger ini :)..

          


Setelah selesai memberi penerangan baja organik dan tanaman nutripot, para peserta di pecahkan kepada 4 kumpulan. Para peserta dikehendaki melakukan baja organik dan penanaman nuripot bersama dengan ahli kumpulan dan akan dipantau oleh para pelajar.  

 
Setelah selesai para peserta mengahasilkan baja organik dan penanaman nutripot.


setelah selesai, para peserta menerima sijil dan juga menikmati jamuan makan tengah hari di Bunga Lawang.

 
Begambar bersama peserta dan rakan-rakan.. Sekian terima kasih :)