Sunday, January 7, 2018

Penanaman Jagung

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Bagi minggu ini,saya ingin kongsikan cara penanaman jagung. Penanaman jagung mengambil masa agak lama berbanding sayuran hijau sebelum ini.

Benih jagung yang telah diberikan.


Langkah pertama dalam proses penanaman jagung ini ialah penyedian batas. Kami perlu mengubahsuai batas kami atas sebab kami mengalami masalah rumpai pada penanaman sayur yang lepas. Pertama sekali, pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar yang membiak di atas batas untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai.




Setelah memasang plastic sukupan diatas batas,kami telah membuat beberapa bulatan kecil untuk menanam biji benih disetiap lubang tersebut. Dengan meletakkan plastic sukupan ini, rumpai hanya tumbuh di lubang sahaja. Oleh itu,aktiviti merumpai hanya dibuat dilubang sahaja.




Bagi mengelakkan rumpai tumbuh dibatas kami, kami telah menggunakan alternatif bagi mengelakkan pertumbuhan rumpai iaitu dengan menggunakan plastic sukupan atau silvershine. Bahagian berkilat diletakkan dibahagian atas untuk memantulkan cahaya matahari.
Setelah selesau membuat lubang,kami menyemai biji benih disetiap lubang tersebut. Tanaman jagung ini perlu disiram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Setelah seminggu, kami mendapati tanaman jagung kami telah rosak akibat serangan haiwan atau serangga perosak. Hal ini kerana kemungkinan kerana benih jagung yang bersifat manis.


Anak jagung yang telah rosak.



Oleh itu, sebagai jalan penyelesaiannya kami telah diberikan penyembur racun semut oleh En. Abang dan kami telah menyembur di keliling batas kami. *Pastikan racun tidak disembur terus ke atas pokok jagung. Semburkan di sekeliling batas sahaja untuk mengelakkan pokok layu atau mati kerana racun adalah bersifat panas.

No comments:

Post a Comment