Assalamualaikum semua..
Pada minggu ini, kumpulan kami akan menceritakan program yang telah kami jalankan iaitu 'KURSUS ASAS PERTANIAN'. Kami diberi tugasan untuk menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat. Penglibatan seramai 30 peserta yang mejoritinya adalah golongan wanita dari Pontian, Johor. Program ini dilaksanakan pada 29 November 2017. Program tersebut bertempat di Ladang Unit Pertanian, Fakulti Pendidikan. Seramai 21 pelajar kemahiran hidup (SPPH) dan 3 orang pensyarah yang telah menganjurkan aktiviti ini.
Kami diminta untuk berkumpul di ladang seawal 8.00a.m untuk membuat persediaan sebelum peserta datang. Haaaa gmbar yang tudung merah tu, adalah salah satu pemilik blogger ini :P....
Persediaan amatlah penting untuk menjayakan program yang dijalankan.
Pada minggu ini, kumpulan kami akan menceritakan program yang telah kami jalankan iaitu 'KURSUS ASAS PERTANIAN'. Kami diberi tugasan untuk menganjurkan sebuah program khidmat masyarakat. Penglibatan seramai 30 peserta yang mejoritinya adalah golongan wanita dari Pontian, Johor. Program ini dilaksanakan pada 29 November 2017. Program tersebut bertempat di Ladang Unit Pertanian, Fakulti Pendidikan. Seramai 21 pelajar kemahiran hidup (SPPH) dan 3 orang pensyarah yang telah menganjurkan aktiviti ini.
Persediaan amatlah penting untuk menjayakan program yang dijalankan.
Pada 8.30pagi, para peserta tiba dengan menaiki van bas sekolah.(Comel je puan-puan kite ni)..
Kami menyambut mereka dengan memberi salam dan senyuman mesra :)..
Selepas menyambut tetamu, kami meminta peserta untuk membuat pendaftaran sebelum program di mulakan. Yang tudung kelabu tu, namanya Nur Asyiqin, dy juga adalah salah seorang pengguna blog ini. Dalam Program ini, dia diletakkan bahagian unit pendaftaran.
Selepas selesai sesi pendaftaran, semua peserta diminta untuk duduk ditempat yang telah disediakan. Setelah itu, program dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar, dan diikuti dengan ucapan selamat datang dan taklimat ringkas tentang program yang hendak dijalankan oleh Dr. Nur Husna dan juga pengajar kami iaitu Puan Salina. Dr telah menerangkan serba sedikit tentang baja organik dan tanaman nutripot.
Salah seorang rakan kami telah menujukkan cara-cara membuat baja organik.
Semua peserta sangat memberi tumpuan pada penerangan yang diberikan oleh rakan kami.
Tepat pukul 10.00a.m AJK makanan telah menyediakan sarapan pagi iaitu nasi lemak ayam dan teh panas untuk dihidangkan kepada peserta dan penganjur. Semua para peserta di beri tuang untuk menikmati juadah minum pagi.
Setelah selesai menjamu selera, kami meneruskan lagi program ini dengan memberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara membuat tanaman nutripot. Yang memberi penerangan tersebut adalah Wan Mohammad Ali. Dia juga adalah salah satu team dalam blogger ini :)..
Setelah selesai memberi penerangan baja organik dan tanaman nutripot, para peserta di pecahkan kepada 4 kumpulan. Para peserta dikehendaki melakukan baja organik dan penanaman nuripot bersama dengan ahli kumpulan dan akan dipantau oleh para pelajar.
Setelah selesai para peserta mengahasilkan baja organik dan penanaman nutripot.
setelah selesai, para peserta menerima sijil dan juga menikmati jamuan makan tengah hari di Bunga Lawang.
Begambar bersama peserta dan rakan-rakan.. Sekian terima kasih :)
No comments:
Post a Comment