Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Bagi minggu ini,saya ingin kongsikan cara penanaman
jagung. Penanaman jagung mengambil masa agak lama berbanding sayuran hijau
sebelum ini.
Benih
jagung yang telah diberikan.
Langkah pertama dalam
proses penanaman jagung ini ialah penyedian batas. Kami perlu mengubahsuai
batas kami atas sebab kami mengalami masalah rumpai pada penanaman sayur yang
lepas. Pertama sekali, pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar yang membiak di
atas batas untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan
rumpai.
Setelah memasang plastic sukupan
diatas batas,kami telah membuat beberapa bulatan kecil untuk menanam biji benih
disetiap lubang tersebut. Dengan meletakkan plastic sukupan ini, rumpai hanya
tumbuh di lubang sahaja. Oleh itu,aktiviti merumpai hanya dibuat dilubang
sahaja.
Bagi mengelakkan rumpai
tumbuh dibatas kami, kami telah menggunakan alternatif bagi mengelakkan
pertumbuhan rumpai iaitu dengan menggunakan plastic sukupan atau silvershine. Bahagian
berkilat diletakkan dibahagian atas untuk memantulkan cahaya matahari.
Setelah selesau membuat
lubang,kami menyemai biji benih disetiap lubang tersebut. Tanaman jagung ini
perlu disiram dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Setelah seminggu, kami
mendapati tanaman jagung kami telah rosak akibat serangan haiwan atau serangga
perosak. Hal ini kerana kemungkinan kerana benih jagung yang bersifat manis.
Oleh itu, sebagai
jalan penyelesaiannya kami telah diberikan penyembur racun semut oleh En. Abang
dan kami telah menyembur di keliling batas kami. *Pastikan racun tidak disembur
terus ke atas pokok jagung. Semburkan di sekeliling batas sahaja untuk mengelakkan
pokok layu atau mati kerana racun adalah bersifat panas.