Friday, December 1, 2017

Minggu10


Assalamualaikum w.b.t. 

Pada kali ini, kami telah diajar satu kaedah pembiakkan tumbuhan menggunakan kaedah tut ataupun marcot. Kaedah terdiri daripada dua jenis iaitu Tut Udara dan Tut Lentor. Kadah ini hanya sesuai dilakukan pada batang pokok yang berkayu sahaja. Kaedah ini merupakan satu kaedah dimana pembiakan ini dilakukan dengan membuang lapisan luar kulit pada dahan pokok. Proses ini hanya mengambil masa lebih kurang 3minggu sahaja untuk mendapatkan anak pokok yang asal.
Antara kelebihan pembiakan tumbuhan menggunakan kaedah ini ialah dapat mengekalkan spesis baka asal pokok yang diinginkan. Selain itu, pokok yang terhasil daripada kaedah ini juga akan lebih tahan daripada penyakit.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1.      Medium (kokopit yang dicampur dengan sabut kelapa dengan nisbah 2:1 atau fitty pellet)
2.      Plastik putih
3.      Pisau cantuman/ pisau lipat
4.      Tali raffia
5.      Penggalak akar

                                                 Gambar 1 menunjukkan penyediaan medium


Gambar 2 menunjukkan medium yang telah siap dan dijadikan bebola

Cara- cara
1.      Buang bahagian kulit luar pada dahan pokok yang telah dipilih dan keringkan bahagian itu.

Gambar 3 menunjukkan dahan pokok yang dipilih
1                                                                -  Sapukan penggalak akar pada bahagian dahan pokok yang dikelarkan tadi.
                                                                     - Lekatkan kepalan medium yang disediakan pada dahan itu.



                                    Gambar 4 menunjukkan kepalan medium pada dahan pokok
          - Balutkan kepalan tadi dengan plastik putih dan ikatkannya dengan tali raffia





                                             Gambar 5 menunjukkan baluttan yang dibuat

1                                                     -Biarkan selama beberapa minggu.



Gambar 6 menunjukkan pembiakkan anak pokok yang menggunakan kaedah tut udara

                                       Sekian, terima kasih.
                                       Semoga anda semua Berjaya melakukannya…

Monday, November 20, 2017

minggu 9

Assalamualaikum...

Pada minggu ini, kumpulan kami di minta membuat satu video untuk menerangkan proses kejadian fotosintesis, osmosis dan transpirasi. Oleh itu, anda semua bolehlah menonton video yang telah kami sediakan.






Sunday, November 12, 2017

Minggu 8


Hai ,Assalamualaikum !

Pada minggu ini,kami akan menunjukkan cara penanaman bagi kaedah bebawang dan rumpun.Bagi kaedah bebawang,pokok yang digunakan adalah pokok spider lily,manakala bagi kaedah rumpun,pokok serai yang  digunakan.

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

1.       Pokok serai

2.       Pokok spider lily

3.       Pasu

4.       Tanah

5.       Pisau

6.       Gunting                                           Pokok serai
                                                                      Pokok spider lily

kaedah menanam:

1) Pokok Serai

 Batang serai yang mempunyai akar, dipotong sedikit dan daun serai yang berlebihan dipotong supaya akar tidak kekurangan protein. Lihat rajah diatas.


Akhir sekali, tanamkan batang serai tersebut didalm pasu yang berisi tanah. Pastikan serai ditanam separuh dari batang serai tersebut. Lagi satu, Penanaman jenis rumpun dan berbawang tidak menggunakan penggalak akar. Penggalak akar hanya akan digunakan apabila penanaman keratan batang dan keratan daun.

2) Pokok spider lily



Penanaman cara berbawang, sama seperti rumpun (serai), akar pada pokok spider lily di potong sedikit, dan dikerat 2.

T
Terakhir sekali, tanamkan spider lily didalam pasu. Pengeluaran akar yang baru akan mengambil masa seminggu. Dan jangan lupa siram pokok hari-hari pagi dan petang.

~sekian terima kasih ~











minggu 7


Assalamualaikum,

Pada minggu ini, kami ingin berkongsikan aktiviti yang kami lakukan iaitu membuat nutripot.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini ialah :

1.       Pasu / Botol Air 5 liter

2.       Span untuk dijadikan sumbu

3.       Coco Peat

4.       Baja A dan Baja B
Sebelum kami melakukan aktiviti ini, kami telah diberikan penerangan dengan lebih jelas oleh Ketua Pembantu Ladang kami, iaitu Pn Salina tentang cara-cara untuk membuat nutripot ini.






Potong botol menjadi dua bahagian seperti dalam gambar rajah di bawah.
                     

Kemudian,lubangkan bahagian botol yang atas kepada beberapa lubang untuk dimasukkan sumbu(span). Bahagian bawah tadi dilubangkan untuk tujuan lebihan air keluar.

 
Selepas itu, spraykan kedua-dua bahagian tadi dengan warna hitam dan putih. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pertumbuhan lumut dengan cepat. Biarkan ia kering seketika.


Apabila sudah kering, masukkan sumbu yang telah dipotong panjang kedalam lubang yang ditebukkan tadi. (contoh gambar menggunakan pasu)
Isikan bahagian atas dengan Coco Peat. Peringatan, jangan biarkan sumbu tadi berada di bahagian bawah coco peat.
Isikan bahagian bawah dengan air mengikut kesesuian bekas itu. Kemudian, masukkan baja A sebanyak 2 penutup botol dan kacau sehingga sebati. Biarkan ia seketika sebelum memasukkan baja B kedalamnya sebanyak 2 penutup botol dan kacau sehingga sebati.

Akhir sekali, letakkan bahagian atas tadi di atas bahagian bawah dan pastikan sumbu tadi mencecah air yang berada di dalam bekas bawah. Nutripod telah siap untuk ditanam dengan tanaman yang sesuai.
Bagi penaman, kami memilih untuk menanam bayam hujau dan bayam merah. Biji benih bayam perlulah dicampurkan dengan pasir mengikut nisbah 1:10 iaitu satu biji benih dan 10 pasir. Hal ini bertujuan untuk melihat taburan biji benih kami mengandungi biji benih ataupun tidak. (Biji benih bayam terlalu kecil)


Selepas beberapa hari, sila pastikan air didalam bekas di bahagian bawah masih mengandungi air untuk pertumbuhan pokok yang baik.


Result pertumbuhan bayam menggunakan nutripot hanya mengambil masa seminggu untuk mengeluarkan anak pokok :)
   


Saturday, November 11, 2017

minggu 6

Asalamualaikum semua.

Pada minggu ini, kami akan menunjukkan proses pembiakan keratan daun. Proses pembiakan keratan daun lebih kurang sama seperti proses pembiakan keratan daun. Keratan daun dibiak dengan menggunakan daun.Membiak pokok dengan menggunakan keratan daun adalah cara yang mudah dan ringkas.

 Keratan daun boleh dilakukan untuk pokok berjenis:
1) Herba (herbaceous) seperti pokok ati-ati, sanchzia, misai kucing dan selasih.
2) Pokok-pokok jenis lendir(succulents) seperti asam batu, gul bakawali, lidah mak mentua, paperomia dan gloxinia.

Ada 6 jenis keratan daun yang boleh dilakukan:
1) Helai daun/leaf blade
2) Tangkai daun/leaf petiole
3) Kepingan daun /leaf sectioned
4) Mengerat urat/veins severed
5) Ruas daun/leaf node
6) Tunas daun/leaf bud


Alat dan bahan-bahan yang diperlukan:
1) Jenis daun
2) poli bag (saiz kecil)
3) Tanah
4) skop
5) gunting pemangkas
6) Penggalak akar/ rooting hormone

#Perhatian!
- Bahan-bahan tanaman yang dipilih mestilah segar, matang, sihat dan tidak berpenyakit.

kaedah:

Langkah 1:
- Helai daun di kerat 10 sentimeter lebar berbentuk tiga segi dan mempunyai beberapa urat-urat utama.
- Celupkan bahagian pada bawah helaian daun yang telah dipotong dalam penggalak akar. Seterusnya, tanam kepingan daun tersebut secara menegak.




Langkah 2
- Dalam masa seminggu, Anak dan akar akan keluar dari pangkal kepingan daun dan daun asal akan musnah. Oleh itu, tanaman akan mengeluarkan anak pokok yang baru.

#sekian terima kasih












Friday, November 10, 2017

Minggu 5

Asslamualaikum ...

Minggu ini kami akan tunjukkan cara menanam pokok keratan batang. Terutama sekali, anda perlu tahu jenis pokok keratan batang. Terdapat beberapa jenis pokok yang dianam melalui pembiakan keratan batang iaitu:

1) Pokok kertas (bougainvillea)
2) Pokok lada hitam
3) Pokok ubi kayu
4) Bunga raya (Hibiscus sp)
5) Pokok bunga siantan (Ixora sp)
6)Pokok puding (Codiaeum)
7)pokok ati-ati (coleus sp)
8)Bunga loceng (Allamanda)



Terdapat 3 jenis keratan batang iaitu:
1) keratan kayu lembut
2) Keratan kayu sederhana lembut
3) Keratan kayu keras

Keratan Kayu Lembut
- Keratan ini diambil daripada bahagian ranting termuda sekali atau masih hijau. Keratan ini dibuat sepanjang 10-15cm beserta dengan 2-3 helai daun. Peratus kejayaan keratan kayu lembut adalah rendah jika dibandingkan dengan peratus kejayaan yang menggunakan bahagian lain. Keratan kayu lembut mudah kering, oleh itu kelembapan persekitaran perlulah diawasi apabila menggunakan kaedah ini. Penggunaan renjisan kabus adalah digalakkan supaya keratan lebih cepat mengeluarkan akar.

Keratan Kayu Sederhana Lembut
- Keratan ini diambil daripada bahagian dahan atau ranting yang baru matang. Keratan ini biasanya menghasilkan keratan yang mempunyai akar yang baik. Panjang keratan adalah 10-20 cm. Keratan mestilah mempunyai beberapa helai daun.


Keratan Kayu keras

- Cara ini dilakukan untuk pembiakan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai keratan yang mudah mengeuarkan akar. Keratan diambil daripada dahan dan batang yang telah matang. Keratan biasanya dibuat sepanjang 30cm-2m atau lebih dan semua daun hendaklah dibuang. Keratan kayu keras boleh disemai terus di dalam beg politena.


Bahan-bahan yang digunakan untuk proses pembiakan keratang batang:
1) Poli bag (warna hitam dan bersaiz kecil)
2) gunting
3) medium (tanah)
4) Penggalak akar (seradik)
5) pokok keratan batang.

Cara-cara menanam keratan batang
- Untuk tanaman, kami memilih pokok lada hitam dan pokok kertas.

Langkah 1
- Sediakan bahan-bahan.

 --> Penggalak akar



Langkah 2
- Pokok kertas dipotong menyerereng bahagian bawah. Daun dan bunga pada batang tersebut dibuang. Dedaun dan bunga pada pokok dibuang, supaya keratan batang tidak kekurangan protein untuk menghasilkan akar.


Langkah 3
- Pada hujung batang tersebut, diletakkan penggalak akar.


Langkah4
- Tanah dilubangkan, dan tanamkan hujung keratan batang yang telah diletakkan penggalak akar tersebut, kedalam tanah.




Langkah 5
- Keratan yang telah siap ditanam, akan diletakkan dikawasan yang bercahaya matahari. Siramkan tanaman tersebut pada waktu pagi dan waktu petang. Tanaman tersebut akan mengeluarkan akar dan daun dalam masa seminggu.

Peringatan : Jangan menyiram tanaman pada waktu matahari menegak. Ianya boleh menyebabkan tanaman melecur dan terbantut.


Sekian terimakasih ~




 













Sunday, October 15, 2017

Minggu 4



Asalamualaikum semua..

     Minggu ni kumpulan kami melaksanakan 2 tugasan. Tugasan pertama, kami telah menghasilkan cara-cara membuat racun organik. Tugasan kedua, menapis inti pati pada bahan organik yang telah diperam selama seminggu. Untuk pengetahuan anda semua, bukan baja organik sahaja kita perlukan, tetapi racun organik juga penting dalam proses penanaman ini. Dibawah kami akan tunjukkan bahan-bahan yang perlu disediakan dan proses pembuatannya.


TUGASAN 1


PENGHASILAN RACUN ORGANIK

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

1) Cili padi 6biji
2) Bawang putih 1 labu
3) Ceacir pencuci pinggan/ serbuk pencuci kain 1 sudu
4) air 300ml









Proses membuat racun organik:

 1)  Masukkan cilipadi, bawang putih dan sukatan air sebanyak 300ml kedalam pengisar.




2) Setelah kesemua bahan dikisar dengan halus, bahan-bahan tersebut diletakkan ke dalam botol kaca dan di peram selama 24jam. 

* Sedikit info: Bahan tersebut tidak digalakkan disimpan dengan menggunakan botol plastik, hal ini bertujuan untuk mengelakkan botol plastik terhakis.



3) Selepas 24jam, bahan yang diperap bolehlah ditapis untuk mengambil inti patinya dan diletakkan semula kedalam botol kaca yang sediaada.


Cara penggunaanya:

1) Campurkan racun yang telah dihasilkan dengan sukatan 100ml dengan menambah air dan 1sudu cecair/serbuk pencuci.     (nisbah serbuk pencuci dan air bersamaan 1:5 untuk setiap 100ml racun).

2) kesemua bahan yang telah dicampur, dikacau hingga sebati dan dimasukkan kedalam botol spray.

3) Racun tersebut bolehlah dispraykan pada tepi bahagian batas, jangan pulak di spray kat tanaman, nanti pula :)


TUGASAN 2

Minggu lalu, kami ada terangkan proses menghasilkan baja organik yang diperam selama seminngu, Minggu ni, kami akan tunjukkan bagaimana rupa bahan organik tersebut setelah diperam selama seminggu, samaada menjadi ataupun tidak :)!



haaaaa.. inilah dia bahan organik yang telah diperam selama seminggu. Kalau anda nak tahu samaada bahan organik ni menjadi ataupun tidak, kita boleh tahu samaada bahan tersebut berbau busuk atau berbau masam harum. Ternyata baja organik yang kami hasilkan berbau masam harum dan sedia ditapis. untuk mengambil inti pati cecair dari bahaan organik tersebut.





Inilah rupa cecair EM yang telah ditapis. Cecair tersebut akan disimpan kedalam botol plastik dan disimpan dibawah suhu bilik.

#Minggu depan, kami akan update cara menanam pokok keratan batang pula :)

sekian terima kasih...







Monday, October 2, 2017

Minggu 3


   

  Assalammualaikum semua...

        Pada minggu ketiga ini, kumpulan Kami melaksanakan 2 tugasan., iaitu mempelajari cara membuat baja organik dan memindahkan hasil semaian biji benih ke atas batas masing-masing. Pertama sekali, kami akan menerangkan serba sedikit mengenai baja organik yang dihasilkan dengan menggunakan bahan sisa makanan. Baja tersebut dipermentasi selama 7hari sehingga mengeluarkan pati yang dinamakan cecair EM (effctive microorganisma). Cecair EM di proses dengan menggunakan bahan sisa makanan seperti sisa sayuran, buah-buahan, kulit telur, dan sebagainya. EM ialah kaedah penggunaan bahan kompos bagi mempercepatkan aktiviti pengomposan untuk kebaikan pada tanah, haiwan, manusia, sungai dan alam sekitar. EM mengandungi 2 bakteria yang baik yang boleh menguraikan bakteria yang jahat. 3 Bakteria tersebut adalah Bakteria Laktic, asid, yis dan bakteria potosintetik. Peranan EM untuk tanaman ialah penggalakkan tumbuhan secara optimum dan sayuran akan tumbuuh dengan baik. Selain itu, cecair EM juga boleh mengelakkan serangga perosak merosakkan tanaman dan tanaman boleh tumbuh sihat dan galak. Pembuatan baja organik ini sungguh mudah dan membawa seribu manfaat untuk tanaman yang ditanam. Kami akan tunjukkan langkah-langkah menghasilkan baja organik tersebut.


Tugasan 1:


Bahan-Bahan yang perlu disediakan:

1) sisa makanan (sayuran, buah-buahan, kulit telur, perut ikan dan sebagainya)
2) Gula merah (1 packet)
3) Air suling


Memulakan Proses pembuatan baja organik:




Langkah 1: Buah-buahan dan sayur-sayuran dicincang halus bagi memudahkan proses pengisaran.



Langkah 2: Kesemua sisa bahan yang telah dicincang halus, dimasukkan kedalam pengisar dan meletakkan air mengikut sukatan sebanyakmana bahan yang dimasukkan didalam pengisar.





Langkah 3: Setelah kesemua sisa makanan telah dikisar, kami menggunakan senduk sebagai sukatan untuk dimasukkan kedalam balang. Sukatan tersebut 3:3 iaitu 3 senduk sisa makanan dan 3 senduk gula merah.

Kandungan gula merah/moloses:
1) Sumber energi utama dan merupakan hasil ikutan utama dalam pengolahan gula.
2) mengandungi 25 hingga 40% sukrosa, kandungan protein kasar relatif kecil iaitu 3% dan kandungan abu berkisar antara 8-10% yang terdiri dari k, Ca, CL dan garam sulfat.

Mengapa gula merah digunakan untuk menghasilkan baja organik? Salah satu sebabnya adalah . .

1) Gula merah mengandungi zat-zat yang mudah keluar/tindakbalas dalam proses pengeraman bahan-bahan tersebut.
2) Dapat meningkatkan aktiviti mikrob.
3) Menghasilkan baja yang tahan lama.





Langkah 5: Setelah kesemua bahan dimasukkan kedalam balang, balang hendaklah ditutup dengan rapi bagi mengelakkan bahan penapaian tidak tercemar. Dan meletakkan tarikh bagi memperingatkan tarikh awal pemprosesan baja organik tersebut. Pengeraman disimpan selama 7hari.






Langkah 6: Kesemua balang disimpan dalam keadaan suhu bilik dan tidak terdedah pada cahaya matahari. Minggu depan, kami akan menunjukkan keputusan hasil pemerapan bahan tersebut.



Tugasan 2: Permindahan anak pokok ke atas batas




1) Anak pokok dipindahkan keatas batas bagi bertujuan memudahkan proses tumbesaran anak pokok.
2) Sebelum anak pokok dipindahkan, Pn Salina meminta kami untuk menyiram anak pokok terlebih dahulu bagi mengelakkan tekanan pada anak pokok apabila akarnya ditarik,
3) Waktu permindahan pokok kebatas seharusnya pada waktu pagi 6.00am hingga 9.00am dan waktu petang 5.00pm hingga 7.00pm.
4)) Anak pokok ditanam memanjang mengikut jarak  5 inci untuk setiap jarak anak pokok yang akan ditanam, hal ini bertujuan untuk mengelakkan persaingan pada akar pokok.


3) Dan yang terakhir, selepas permindahan tanaman anak pokok selesai, kami memasang paranet di permukaan batas untuk melindungi anak pokok dari terdedah pada matahari yang terik. Selain itu, mengelakkan anak pokok rosak disebabkan timpahan air hujan keatas anak pokok.
4) Pokok hendaklah disiram setiap hari pagi dan petang :) .. Sekian terima kasih ..